Saturday, 11 August 2012

Hari BerSeJaraH...

Alhamdulillah.. Hari ini diri ini masih berada di bumi yang dipinjamkan Tuhan ini..:)

Moga diri ini sentiasa dimurahkan rezekiMu Ya Allah.. permudahkan segala urusan hambaMu yg lemah ini.. HambaMu ini hanya berusaha, Engkau yang tentukan..Jika ia bukan rezekiku hari ni,usaha keras bagaimana ia tetap bukan rezekiku.. Segala yang berlaku adalah ujian daripadaNya.. 

Hari ini,aku nak ucapkan terima kasih kepada JooWaal.com kerana ditabalkan sebagai JW Executive di dalam JooWaal.com.. JooWaal adalah sebuah company advertising yang memberi online tools marketing terkini yg cukup hebat.. JooWaal.com telah membantu ramai usahawan-usahawan dalam mengembangkan product mereka secara global.. Malah yang paling best, usahawan-usahawan yang menggunakan platform di JooWaal layak menerima profit sharing daripada company yang tiada di company advertising yang lain..

First batch JW Executive 
Satu Hati :)
Group mattes- Bakal2 leader perempuan!! 
My team 
Master Trainer Tuan Saiful - Thanks for your coaching on me :) 


Walau bagaimana pun, tanpa MIG Academy..aku tidak mungkin berada sehingga tahap ini.. MIG Academy la yang menyebabkan aku layak sebagai JW Executive di JooWaal.com. MIG Academy adalah tempat usahawan-usahawan menimba ilmu dalam menggunakan platform di JooWaal.com.. MIG Academy yang membantu bagaimana untuk memulakan perniagaan dan marketkan barangan anda secara online dengan menggunakan platform di JooWaal.com.. Kelas dan training yang disediakan cukup membantu. Di sini,kita dapat belajar untuk meningkatkan comminication skills, confident level, pengurusan masa, pengurusan kewanganyg betul, marketing sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya.. Misi MIG Academy adalah untuk melahirkan jutawan yang berilmu..
Bersama Pengetua MIG Academy
My teamwork and my dear leader Ahmad Syahir.. :)
Our big Family ;)
Bagi anda yang masih belum menjadi community di MIG, sertai kami sekarang.. Anda pasti akan rasai perubahan pada diri anda.. bukan sahaja bantu meningkatkan ekonomi kewangan anda malah diberi ilmu yang cukup manfaat untuk kehidupan kita..

Saturday, 4 August 2012

ReZeKi BuLan PoSE..

Assalamualaikum...alhadmulillah...Tuhan masih sayangkan diri ini.. Hari ini, saya masih berpeluang mengupdate blog ini dan bercerita kegembiraanku di sini :) Pe2 pun,diri ini sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana rezeki yang Tuhan beri padaku harini..Semuanya datang daripadaNya..

Dapatlah diri ini nak wat duit raya.. x sangka pun...wat sambil2 dan santai2 pun boleh jana pendapatan.. just duk online kt umah dan share2 dengan kawan keseronokan menggunakan sistem ini.. Sekarang mulai ramai yang menggunakan sistem ini.. Tp,diri ini terasa sangat beruntung kerana membabitkan diri lebih awal..yeaaaa!!! :) 

Nway, sistem yang saya guna ni mmg best.. Ramai org sudah mulai berniaga guna sistem kt cni.. So,jangan ketinggalan dapatkan software yang terkini..iaitu online tool terkini untuk anda jalankan perniagaan anda dengan lebih meluas.. Income masyukkkk.... boleh la beraya dengan gembira tahun ni...itu bagi siapa2 yang telah miliki sistem ini la.. 

Bagi saya, yang mudah sebab dapat guna sms blaster.. Snang nak anta ucapan raya dkt ramai2 org..dengan skali click saja. Kwn kt oversea pun boleh dapat. X luak pun my kredit..so,cheap..hehehe~ yela..mana x nyer..biasanya syarikat2 gergasi je mampu miliki sistem macam ni..sbb maher nak bolinya..x berbaloi den rasa... da la kos rm700-rm1000..pastu nak kena g register dengan telco lagi...byk betul keje nak wat..leceh,kan..pastu bkn boleh terus guna..baru la boleh topup.. Tp,yang ni..dapat je..topup,terus bleh guna..so easy...jimat kos pun ye..xde la semahal kt luar..pastu, leh guna sampai bila2 xde yuran bulanan pun yang dikenakan..BEST TU!! Now,ramai company yang mulai ambil sistem kt cni..


So,anda juga mampu miliki..terutama mereka yang ada bisnes sendiri..senang nak manage..Apa2 sahaja new promotion atau new information yang nak bgtau customer, boleh guna sistem ni.. x perlu la nak forward2 msg to everyone.. pastu,kita boleh set sendiri bila waktu nak send..kul bape.. 
senang keje..

 Selain tu,mall.. mall ni cukup terbaik.. siap diberi payment gateway lagi. Senang customer nak bayar barang kte. Guna la bank apa sekalipun pun, sumenya diterima.. even customer drpd oversea pun boleh beli brg kita. Apa yg kita perlu wat, letakkan picture barang yg kita nak jual sahaja.. Kelas pun ada..siap bagi tutorial lagi..boleh bawak balik umah klu x paham.. then,x paham lagi..boleh dtg kelas lagi..PERCUMA je... Da org nak beri ilmu free xkan x nak kot..Org yg xtau je x pandai ambil peluang..

BEST!BEST! Ambil la peluang ini sekarang.. belajar di MIG Academy...Pusat Latihan Keusahawanan Online.. pasti anda boleh berjaya di sini.. 


Tuesday, 17 July 2012

Adakah anda kenal diri anda

Basic Marketing Course

Assalamualaikum..semua... today, diri ini nak share cikit pasal training yang diri ini pergi last Sunday ari tu.. Training yang cukup menusuk hati.. Mengenal siapa anda... di mana anda berada sekarang.. Korang tahu di mana korang berada sekarang? Kalau diri ini beritahu pasti korg pun akan sedar dan mula berfikir.. Tp,ni la realitinya.. Kita ni sentiasa rasa selesa dengan keadaan sekeliling dan apa yang kita ada sekarang..BAHAYA,BAHAYA....

Dalam training ni baru la diri ini sedar siapa diri ini dan betul2 wat diri ini menjadi perlu berfikir.. Kita x sedar bagaimana keadaan kita sekarang...Apa makna ada degree dan belajar tinggi.. bagaimana hidup kita? Apa pencapaian tertinggi kte? Tahap mana kita berada dengan ilmu yang kita peroleh di universiti?

Adakah kita ingin ini sume?
Dapat pakai kereta Rm150K
Bagi ibu dan ayah rm500 sebulan
Beli rumah bernilai 500K
Pendidikan anak2
Melancong ke tmpat yang kita ingini
Mempunyai saving rm200K

Jadi,antara semua ni mana yg sudah anda capai?

Jika tidak, apa solutionnya?? adakah anda rasa boleh dapatkan semua ni? Anda boleh sebenarnya.. cuma mesti dgn cara yang betul.. Bagaimana? Join MIG Academy dulu la baru tau.. :) :)

Semasa BMC dijalankan di Champion Hall MIG Academy 



<<>>



Friday, 13 July 2012

We are the CHAMPION in the MaKing!!


APA ITU MIG Academy???? 

Diri ini ingin memperkenalkan sebuah pusat latihan keusahawanan online iaitu MIG Academy membantu mengembangkan perniagaan usahawan-usahawan di luar sana dengan cara mudah,pantas dan pastinya meningkatkan keuntungan anda bersama platform ini. 

MATLAMAT MIG Academy:
  • Membantu menjana ekonomi negara.
  • Membantu ahli-ahli perniagaan berniaga dengan lebih mudah dan efektif dengan jaminan kumpulan.
  • Menerapkan pengetahuan dalam bidang teknologi di kalangan masyarakat agar tidak buta IT.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dengan memberi peluang kepada semua insan menjana pendapatan.
  • Mengurangkan gejala sosial dan pengangguran.
  • Menggalakkan masyarakat Malaysia mempromosikan apa sahaja barangan mereka secara global setanding negara-negara di luar sana. 
Tool perniagaan yang  disediakan adalah yang terkini. Ramai yang telah menggunakan platform ini dalam menjalankan perniagaan mereka.. Dengan kelas intensif yang disediakan,mampu membantu orang ramai yang menjalankan peniagaan di luar sana mencipta pendapatan sehingga 5 angka kini. 




Bagi anda yang mempunyai perniagaan yang ingin dikongsikan dan sedang mencari-cari platform untuk mengembangkan produk atau barangan anda,di sini adalah tempat yang betul dan berkesan untuk perniagaan anda. MIG Academy ada untuk membantu.. Bukan sahaja di Malaysia tetapi ke seluruh dunia suatu hari nanti.. 


Anda juga boleh menghadiri penerangan PERCUMA setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di Training Center MIG Academy.. Setiap hari tersebut, akan ada seorang peniaga/usahawan yang menjadi sponsor untuk lucky draw kami.. Ini juga adalah salah satu mempromosikan produk/barangan anda.. MIG Academy memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkongsi perniagaan mereka di sini.. 




::SAKSIKAN MONTAJ MIG ACADEMY:: CHAMPION!!



OFFICE ADDRESS::

MIG ACADEMY
No.26-1A, Jalan UP 1/5 Ukay Perdana 1,
Ampang,KL
013-3536145


Saturday, 23 June 2012

JaLan-JaLan ke???

Assalamualaikum.,apa khabar? Sekian lama,diri ini tinggalkan laman blog ku ini.. Tiada kesempatan masa je nak menulis sejak akhir-akhir ini.. 2 minggu lepas sibuk di penang..kenduri kahwin sahabatku..

Alhamdulillah..selamat sudah seorang sahabat rapatku di UIA diijabkabulkan..x sangka dia kahwin dulu...hehehe~ Itu namanya da sampai jodoh.. Diri ini tumpang gembira.. Moga dia menjadi isteri yang solehah kepada suaminya..dan si suami menjadi suami yg soleh.. pasangan ni adalah sahabat universitiku..kiranya,dua2 la kwnku..ngee3~ congrat korang...Doakan diriku pulak ye...hehehe~Ntah xtau bila..tunggu sudahh....

So sweet my friend ;)

Gambar kt atas tu,sorang lagi sahabat diri ini yang da selamat da..Ni lagi lama..bulan 2 hari tu..Pokoknya ramai da lama yang da berumah tangga..hihihi~ Yang diri ini sibuk sangat cite pasal orang2 yang kahwin ni apasal ek..hehehe... Anyway, congratz la kt mana2 kwn yg da selamat berlangsung... nak post sume mmg penuh la blog diri ni..ntah bape page gambar2 mereka je..kui3~ 


Ha, ni yang best sebenarnya. bila kawan duk jauh ni.. Sambil attend kenduri kahwin,sambil tu kita pun amek kesempatan la jalan2..hehehe.. Apa lagi,round penang la.. Ni antara tempat yang sempat dijelajahi di penang..wuu~

Taman Kota Lama 
Bukit Bendera
                                              
      Queensbay;)
Jom naik kabel car Bukit Bendera..;)


 Ni dia makanan yang orang kata sedap dkt Kota Lama..Mee Sotong~

Mee Sotong yang nampak mcm sedap...sedap ke????? huhu~

Diri ini dengan aisyah makan nasi goreng ayam je...layan~~
   
Nasi goreng ayam rempah 
ABC special
             

Yang terakhir,thanks to our friend yang duk penang.. Cik tqah..alhamdulillah ada hang..jimat kami...hehehe~  Hotel anda memang terbaik la..thanks serina bay.. Pastu bawak kteorang jalan2 di bukit bendera dan makan sedap2.. :) alamak,sayangnya cek xde gambarnya..;)

Itu jelah..kisah di Penang....xtau bila lagi nak sampai ke sana.. tunggu la kalau ada mana2 kwn yg kahwin kt sana lagi....hehehe

wassalam~

Thursday, 31 May 2012

Kisah hati

Assalamualaikum.... muncul kembali diri ini di blog ini.. Apa khabar anda semua arini? Arini diri ini nak luah perasaan ckit.. Siapa yang mengenali diri ini? diri ini garang ke? ganas ke? pe pun,nak gtau yg diri ini luaran memang nampak macam tu.. Tp,penyayang woo...hati dalam ni lembut..

Okay2..serius2.. Hari ini.. diri ini nak luahkan sikit.. benda yang touching la plak.. Ntah, bukan senang diri ini ingin membuat keputusan.. hati diri ini da la keras..macam batu.. Sudah lama terkunci..tiada siapa yang dapat membukanya.. mungkin belum temui kunci yang betul dan sesuai.. Tp,diri ini memang tidak mahu ambil tahu di mana kunci itu sekarang.. kerana matlamat hidup diri ini belum capai.. So,malas la diri ini nak fikir pasal tu,kan..
Tapi,tiba2 tanpa disedari.. Rumah hati ini telah diketuk oleh seseorang yang diri ini tidak kenal.. Asalnya diri ini tidak mahu membuka kerana diri ini tidak mengenali tetamu itu.. Tp,bila difikirkan dan mendapat nasihat orang lain, diri ini membenarkanlah tetamu itu masuk.. ye la,orang kata kita x boleh la sombong kan.. So,permulaan hanya memberi masuk untuk kenal siapakah dia ini yg dtg ke rumah hatiku? Apa hajat dia sebenar? hati ini risau kalau2 dia dtg nak buka pintu hati yg berada dalam rumah hati.. kerana pintu hati tu telah lama terkunci.. Tp,nama pun dtg rumah hati,mstilah nak ambil hati.haha~ pe2 je diri ini...Eh,boleh plak diri ini gelak tiba2.. Okay,serius2 balik...hehe..erm,tidak lama kemudian seorang lagi datang ketuk.. Diri ini terkejut kerana ada tetamu yang lain plak hadir.. Rupa2nya orang yang diri ini kenal..  Diri ini, nak x nak,berilah masuk juga sebab diri ini telah kenal. So,xpe la..masuk la dua2 dalam rumah hati tersebut.. Dua2 dtg dengan hajat yang sama.. Terkejut gak den... pe pun,x boleh salahkan mereka.. Mungkin telah sampai masa utk diri ini memikirkannya.. lgpun, hari2 diri ini berdoa supaya mendapat jodoh yang baik dan ikhlas menyayangi hati diri ini.. Malah,diri ini juga sentiasa menyuruh ibu diri ini mendoakan diri agar mendapat jodoh yang baik..
Erm,time tu,diri ini memang berjaga2.. kerana masing2 bertanyakan hati tersebut.. Sudah diri ini katakan bahawa pintu hati tersebut tiada siapa yang boleh buka lagi buat masa ini.. Diri ini pun layan la tetamu2 tersebut.. Tetamu yang memang diri kenal,biasa je la diri ini layan.. sebab da kenal..so,biasa je.. lgpun,dia memang kwn diri ini.. Tetamu yang sorg lagi, dia pun diri tgk sangat peramah dan tidak kekok dengan diri.. macam da kenal lama je dgn diri ini..So,diri ini tidak la kaku sangat.. masing2 sangat care tentang hati diri.. yang diri ini pulak,tidak mahu kisah pasal hati tersebut.. Klu boleh,nak biarkan ia terus kunci..
Tapi,tidak ku sangka..kunci salah seorang ada pada tetamu tadi.. Diri ini berasa sangat risau.. xkan la.. x mungkin je rasa.. Xkan kunci tersebut match dengan pintu hati diri.. Pada orang yang diri ini tidak kenal sebelum ini..Diri ini berdoa dan meminta petunjuk pada yang Esa..Adakah kunci sebenar ada pada org ini? Jika dia telah membukanya,memang dia ke yang layak mengambil hati tersebut? Diri ini pada waktu tersebut, berserah kepada Ilahi apa yang terbaik untuk diri ni.. Apa pun,terlalu cepat untuk diri ini beri hati tersebut pada tetamu tadi.. Adakah dia orang yg betul untuk membawa hati ini keluar dari rumah hati diri? Seikhlas mana dia boleh menjaga hati tersebut? Hati tersebut begitu sukar dijaga.. bukan sembarangan org dapat memahami hati diri itu.. perlukan kesabaran kerana hati tersebut ada impian dia..
Apa pula cerita tetamu yang ku kenal tadi.. mungkin hari ini dia tidak membawa kunci yang match dengan hati diri.. Tidak tahu la suatu hari nti akan ada kunci lain..Tp,buat masa ini hati tersebut mmg telah dijaga oleh tetamu tadi.. InsyaAllah,diri ini doakan tetamu tadi menjaga hati diri tersebut dengan baik jika tidak mahu hati tersebut pulang mengunci diri semula atau diambil orang lain..Pe pun, rumah hati ini tidak la tertutup.. sentiasa terbuka..dia tetap boleh datang untuk melawat diri ini.. walau pun pintu hati tersebut telah kosong kerana hati tersebut telah diambil orang lain.. Dia sentiasa menjadi sahabat terbaik diri ini selamanya..
Diri ini sentiasa mendoakan kebahagiaan dia..

Itulah cerita kisah hati diri ini.. Apa yang boleh dikatakan,hati dan perasaan tidak boleh dipaksa.. Diri ini sendiri juga tidak tahu bagaimana hati itu boleh terima tetamu tadi.. Tapi,even telah dapat membuka tidak semestinya dia boleh amek begitu sahaja.. Tp,dapat dilihat yang hati tersebut selesa bersama dengan tetamu tadi..Buat masa ini, diri ini membenarkan hati diri itu dijaga oleh tetamu tadi..Moga dia terus menjaga dan menjaga dengan baik. Moga ini adalah yang terbaik untuk hati diri ini..


       AMIN~  



Wednesday, 23 May 2012

Nak jadi networker?

Assalamualaikum.. Apa khabar sume ? Arini,xtau nak cerita apa.. 2 hari ni, sibuk siapkan  invitation card da siap.. untuk diedar kepada salon2 dan spa2.. boring plak arini.. Prospek pun xde..

Nah,sharing ckit.. 9 BOLA EMAS... mesti korg x tau kan..

1) Prospecting
2) Approach
3) Presenting
4) Closing/handling objection
5) Follow through
6) System
7) Bisnes triangle
8) Structure
9) Coaching

Ni la penting untuk jadi seorang networker.. kena la guna sume ni...Klu korg nak power, kuasai 9 bnda ni..confirm x heran punya siapa korg jumpa.. xtau nak share apa sebenarnya.. Tapi,diri ini tetap nak tulis.. so,tulis je la apa yang terfikir dalam minda..huhu

Nantilah.. ada masa, diri ini bagi tip-tip lagi.. xleh la bagi sume arini.. nanti nak tulis apa plak da abis sume reveal arini...kui3~

okay la,bye.. kang merepek2 je kang... jmpa lagi.. daaa