Tuesday, 3 October 2023

Cara Menghilangkan Sakit Migrain Yang Efektif

Harini Piqa nak kongsikan sedikit mengenai migrain berdasarkan pengalaman piqa sendiri jgk. Ramai tak kat sini yang menderita akibat migrain? Beza ye sakit kepala biasa dengan migrain. 




Piqa adalah pengidap migrain sejak berumur dalam 10-11 tahun dan berlarutan sehingga sekolah menengah. Macam2 ibu ayah ikhtiar untuk anaknya ini. Tp, semuanya sekejap je. Lepas tu akan berulang kembali. Itu yang sampai tahap mereka tak berani lepaskan piqa ke sekolah berasrama penuh bila memikirkan keadaan piqa yang teruk bila diserang migrain. 

Tiap kali diserang migrain, mmg piqa tidak boleh buat apa kerja. Ubatnya, ibu akn bg panadol dan tidur dalam gelap. Tp, piqa jenis tak suka makan ubat. Jadinya, piqa akan tidur je dalam keadaan gelap dan kebiasaannya esok pgnya akan lebih baik. 

Tabiat piqa dulu asalnya suka minum air nescafe sampai addicted. Lama2 tu la piqa dpt migrain. Cumanya sejak piqa masuk belajar, baru la piqa mula stop semua minuman kafein. Masuk je asrama, ibu bekalkan hanya minuman berasaskan nestum, oat, biskut2 sahaja yang lebih sihat. No maggi macam kebiasaan budak asrama akan bawa betul x? hehe.. 

Sebab tu piqa tak pernah makan maggi dulu time study. Jadi, kuranglah piqa kena attack migrain bila kita jaga pemakanan. Cuma kdg2 kena juga bila bau perfume yang kuat, cuaca panas sangat /bunyi bising atau stress/penat dan tak cukup tidur.  


Jadi, untuk mereka yang penderita migrain, anda kena tahu penyebab-penyebab yang membuatkan anda diserang migrain. Piqa share la sikit apa itu migrain ya. 

Tp, alhamdulillaah lepas piqa amalkan gaya hidup sihat dan ambil supplemen tambahan sangat membantu dan lepas 2 tahun, piqa dah bebas migrain. Nanti kt bawah piqa kongsikan apa yang piqa ambil. Daripada berterusan makan ubat yang orang kata boleh beri kesan jangka masa panjang. 


Apa itu migrain? 

Migrain adalah jenis sakit kepala yang berulang. Ia menyebabkan sakit kepala berdenyut yang sederhana atau teruk. Biasanya, pesakit mengadu sakit pada sebelah kepala sahaja. Ada juga gejala lain seperti rasa lemah badan dan mual. Penghidap migrain juga selalu mengadu sensitif pada cahaya dan bunyi.


Apakah Fakfor yang menyebabkan migrain ?

Penyelidik percaya bahawa migrain ni antara faktor genetik. Tp, terdapat juga faktor-faktor lain dan setiap individu berbeza. Jom kita lihat apakah faktor-faktor tersebut:

1) Tekanan

2) Perubahan hormon

3) Bauan yang kuat

4) Bunyian yang kuat

5) Cahaya terang 

6) Perubahan cuaca yang mendadak

7) Ubat-ubatan 

8) Pemakanan / Kafein 

9) Tidak cukup tidur / terlebih tidur 


Apakah PUNCA migrain ?

Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). 



Punca utama kebiasaan berlakunya migrain ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.





Bagaimana MENGATASI masalah migrain ini?

1) Kebiasaannya tidur iaitu berbaring dalam keadaan gelap dan sunyi 

2) Mengawal stress dengan bersenam/ tenangkan diri 

3) Mengawal pemakanan harian 

4) Mandi duduk di bawah pancutan air dapat jgk membantu mengurangkan sakit migrain 

5) Mengambil ubat migrain tapi yang ni hanya membantu mengurangkan kesakitan dalam jangka masa pendek shaja

Migrain akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. 
Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. 

Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Jadi, anda boleh ubah dengan pengambilan supplemen yang selamat dan semula jadi agar tidak memudaratkan diri untuk jangka masa panjang. 


Antara cadangan Vitamin untuk MIGRAIN 




Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana :


Ostenutrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. 
Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.




TESTIMONI LAIN MIGRAIN:





Berminat untuk dapatkan set migrain, boleh klik link saya di bawah 

 
ATAU


CALL/WHATSAPP: KLIK SINI

Email: syafiqahzulkifli09@gmail.com
FB: Piqa Ali (Syafiqah Zulkifli) 
FB Page: Pengedar Shaklee Sungai Buloh-0133627990
IG: piqa_shakleesungaibuloh
ID: 1293547 

Nak daftar sendiri juga boleh melalui link ini:


Anda juga boleh menggunakan ID saya seperti yang tertera jika walk in ke mana-mana Branch Shaklee yang berhampiran dengan anda. 



P/S : Anda yang membeli dengan saya, saya akan beri free consultation untuk cara pemakanan atau apa sahaja berkenaan supplemen shaklee. Pastikan anda membeli dengan pengedar shaklee yang sah jika ingin mendapatkan cara panduan makan supplemen yang betul kerana jika beli selain daripada sumber yang betul, tiada apa-apa jaminan untuk anda. 


















No comments:

Post a Comment