Wednesday, 21 November 2018

6 Tips penyusuan susu ibu

Assalamualaikum semua.. 

Entry kali ini baru berkesempatan untuk saya kongsikan bagaimana piqa dapat kumpul stock susu sebelum naik keje. Semestinya ada ibu-ibu yang bekerja seperti saya ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun dengan susu ibu sahaja. Betul x? Tapi selalu fikir bolehkah aku? Itu la piqa fikirkan juga. Akui anak pertama gagal tak cukup stock ( lepas baby 3 bulan, terpaksa campur kerana tak dapat kejar demand sehari 24-30oz). 
Pam sehari pun dapat 15oz-20oz. Dengan stock 1-2 botol je. Jadi, sangat struggle time tu sampai terpaksa bangun tengah mlm mengepam berusaha untuk kejar demand anak. Ini lah dia bila tiada ilmu penyusuan yg betul. Walau apa pun, keep teruskan sampai anak umur 11 bulan stop pump sebab pregnant no2. Hehe

Mind Set 

Since pregnant no2 da siap2 niat dalam hati lps ini tidak akan ulangi kesilapan sebelum ini. Tekad nak susukan sehingga 2 tahun. So, lepas je lahir no2. Sis sudah beli buku penyusuan daripada seorang rakan yg sentiasa support daripada anak first dulu. 
Susu beliau sntiasa meriah aje. Beliau la sumber inspirasiku. 

Tambah ilmu 



Baca la sis buku bertajuk bank susu 2000oz. Buku ini ditulis oleh coach Asiah Maharam yang merupakan laktasi yang berjaya. Buku inilah menjadi panduan sis sepanjang pantang. Daripada susun jadual pam, pemakanan dan kumpul stock susu. Segala mak nenek yang penting sis highlight dan follow betul2 ikut apa yang terkandung dalam buku tersebut smbil di guide jugak la dengan kawan sis ni. 

Yang best, journey sis kali ini tidak sestruggle mcm yang first dulu. Lebih enjoy lepas follow buku tersebut. Masalah bengkak susu sis juga dapat diatasi —> baca sini 


Ready mental dan fizikal

Kali ini, hari ke-3 sis sudah start pam hokay. Walau dapat titis2 aje. Keep pam. Hari demi hari susu sis bertambah. Disebabkan baby ada kuning sikit, awal2 ni pam bagi je baby minum dalam botol sehari at least 2-3x. Kalau ada lebih baru sis simpan walau 2-3oz aje. Alhamdulillah, hari ke-14 sudah bebas kuning. Susu pun makin bertambah dan makin banyak oz bole simpan tiap kali pam. Sis teruskan ikut jadual yang diberikan dan tetap beri botol sehari 2x pada anak sis especially time pam pagi dengan petang lepas mandi sebab anak sis ni sejak balik pantang kt kampung, dia kuat nangis. Kalau x bagi susu time tgh nak pakaikan baju tu melalak macam orang kena pukul. Jadi, pam yang pagi tu bila dpt 5oz. 3oz bg, 2oz je simpan. Next pam, dpt lagi 2-3oz simpan lagi. Sis akn simpan dalam storage bila sudah cukup 4oz. 2 minggu awal dlu 3oz je. 

Set target 

I am so happy freezer semakin penuh. Alhamdulillah lepas sebulan dapat simpan hampir 5oz per sesi. Setiap hari sis ada target untuk capai. Daripada sehari target 10oz smpai la 20oz sehari. Pam pagi sis dapat paling byk iaitu 7-8 oz utk dua belah. Sesi tgh hari dgn ptg kurang sikit ( range 4-5oz) x bpe bole ikut time sebab anak sis siang melalak je. Tapi, ada masa je pam. Sis ada target sebelum start keje mesti dapat simpan untuk stock 3 bulan ( sebabnya sis da kira, sis start keje bulan puasa). So, sebab tak nak nanti struggle sangat sis kena pulun time pantang. Time ni je kte boleh abiskan masa mengepam. Dah keje nanti, confirm susah kan. Boleh tengok kt Facebook sis. 

Jadual pam dan pemakanan 

Sis memang ikut jadual pam sebiji dalam buku iaitu 5x sehari. Walaupun anak sis kuat melalak, siang memang susah sikit nak betul2 follow timing. Cuma yang beza sis start pam seawal 3-4pagi sebab time tu cik b sis memang sangat penuh susu. Itu yang boleh dapat sampai 7-8oz. Time ni anak sis tidur nyenyak sampai nak suruh menyusu pun kena kejut. Siang hari , memang penat. Tidur kejap2 aje smpai la nak ke maghrib. 



Makanan pun sis follow ikut buku. Alhamdulillah susu memang meriah terutama bila sis minum Horlicks+oat/nestum dengan susu kambing. Kira itu Milk Booster sis la. Makan sayur hijau dan cukup vitamin. Kalau nak dapatkan ebook pemakanan pun ada. 

Amalkan supplemen 

Last sekali, sis juga ambil makanan tambahan untuk kesihatan badan. Supplemen yang sis ambil adalah set menyusu Shaklee. 






ESP

ESP adalah sumber protein yang penting yang sangat diperlukan badan. Salah satu kandungan susu sbu adalah protein jadi ibu memang perlu ambil protein yang secukupnya bagi membantu pengasilan susu ibu yang banyak. Ia juga memberi tenaga segera kepada ibu.


Ostematrik

Kalsium sangat penting  ini kerana salah satu nutrisi penting dalam susu ibu. Ostematrik juga sangat membantu mengelakkan sembelit dan bantu hilangkan lenguh2 badan ibu.

Lecithin/Omega

Membantu melancarkan susu ibu dan memecahkan lemak dalam badan.


Vita C Plus 

Menguatkan sistem imunisasi, elak daripada mudah mendapat jangkitan penyakit. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Alfalfa

Alfalfa meransang hormon prolaktin bagi menghasilkan susu yang mana dikenali juga sebagai MILKBOSSTER. 



TESTIMONI 


https://syafiqahvitamin.blogspot.com/2018/11/penyusuan-lebih-lancar-dengan-set.html



Berminat, boleh klik icon di bawah : 







No comments:

Post a Comment