Tuesday, 9 October 2018

I am back after 4 years..

Assalamualaikum and hello everyone..

Selepas 4 tahun tidak menulis dan last entry saya adalah ketika majlis perkahwinan saya. Selepas daripada itu, saya tidak berkesempatan langsung untuk update blog. Hari ini saya terasa ingin berkongsi semula pngalaman dan ilmu yang saya peroleh sejak ada anak ni. Alhamdulillah setelah 4 tahun berkahwin, saya dikurniakan sepasang cahaya mata. Seorang prince charming berusia 3 tahun dan alhamdulillah seorang lagi princess 1 tahun 6 bulan. 

Pengalaman membesarkan kedua2 anak memang berbeza cabarannya daripada saat melahirkan smpai menyusukan dan menjaganya sehingga kini. Haha.. yang kini tu lagi mencabar rasanya sebab masing-masing sudah besar kan, Ada perangai masing-masing. Walau apa pun, saya sangat bersyukur di atas rezeki yang Allah SWT berikan ini. Jika kita rasa, kekurangan. Fikirlah kerana ada orang yang lebih besar dugaan dan cabarannya. Ada juga kawan2 yang masih belum ada rezeki mereka.
Apa pun, sentiasa mendoakan mereka. 

Apa yang saya ingin kongsikan hari ini adalah mengenai G6PD. Masih ramai lagi di luar sana yang tida tahu mengenai apa itu G6PD. Kenapa saya nak kongsikan mengenai ini kan? Penting sangat ke nak kena tahu? Kerana anak saya yang sulung adalah salah seorang yang kekurangan enzim ini dalam badan dia. Setiap kali orang tanya, mereka seolah olah masih tidak familar lagi mengenai ini. Apa pun, sangat penting untuk saya memberitahu bahawa anak sulung saya ada G6PD ini. Jadinya, takde la orang suka2 boleh bagi makan kat dia. Kalau adik2, kakak2,ibu2, bapak2, atok, nenek, pakcik dan makcik nak tahu, G6PD perkataan panjang dia adalah “Glucose-6-phosphate dehydrogenase“. Terbelit belit lidah nak menyebutnya kan. Hehehe.. xpe, abaikan nama panjang tu. Kita sebut yang pendek tu dah la. 

Okay, G6PD deficiency katanya ia adalah genetik dan potensi kena pada lelaki. Scientific kata, ia ya biasa dibawa oleh ibu. Hurmm.. yang ini sy agak terkejut. Sebab dalam family selama ini xde plak dgrnya. Tapi, xpe la. Dah jadi, redha je dengan ketentuan Tuhan. Ianya terjadi apabila badan tidak cukup enzim yang dipanggil g6PD. Enzim G6PD ini membantu sel darah merah bekerja. Ia juga melindungi sel darah merah daripada bahan- bahan yang boleh merosakkan mereka. Jadinya, apabila enzim ini tiada untuk melindungi sel darah merah tadi, ia boleh pecah. Sel darah merah yang tidak cukup enzim ini sangat sensitive terhadap sesetengah ubat, makanan dan jangkitan. Apabila banyak sel darah merah pecah, boleh menyebabkan mereka keletihan, pucat, pening atau ada simptom lain. Tu tanda2 kecik la.. kesimpulannya jika nampak lemah tetiba tu, cepat2 la bawa ke hospital. 


Di bawah ini saya ada kongsikan sedikit keratan articel dan kalau nk baca lebih lanjut, boleh click kt link ini https://kidshealth.org/en/parents/g6pd.html. Nanti kalau ada masa, saya share kan pula list larangan medicine yang doc bagi. Kena stop dulu sebab anak2 tidak memberi kerjasama sudah. Harap perkongsian hari ini membantu sedikit sebanyak kepada korg di luar sana pasal G6PD ini. Apa2 pun, mereka ini hidup normal shaja..yg penting kte avoid benda yang terlarang. In Shaa Allah dia ok. Hehe.. bye



No comments:

Post a Comment